Monday, November 30, 2009

Ku sangka panas sampai ke petang

Salam semua..hampir sebulan tidak blogging. ketandusan idea untuk bercerita dan life aku yang agak membosankan kebelakangan ni tiada masa untuk bercerita benda baru. Cuti sem mungkin saat yang paling menggembirakan bagi kami pelajar IPTA/IPTS. Tapi bagi aku mungkin cuti sem kali ni saat yang membuatkan aku banyak mengeluarkan air mata. Bila mana orang nampak aku tersenyum sepanjang masa tapi dalam hati tak siapa yang tau. Oh ya,mungkin sudah terlambat tapi aku nak mengucapkan


Selamat Hari Raya AidilAdha.


Bila dikira sudah hampir 4tahun lebih aku beraya tanpa mak dan ayah. sudah 4 kali raya juga kami adik-beradik tak berkumpul bersama di rumah pusaka ni.


Impian untuk berkumpul 1 family tu mungkin cuma tinggal harapan. Sebab kenapa?? Disebabkan salah faham,kelurga kami pecah belah. Kakak kandung bergaduh dengan kakak ipar yang duduk kat rumah pusaka ni. Sampai ke hari ni tak pernah nak bertegur sapa. Aku tersepit antara menjaga hati kakak kandung dan kakak ipar. Kakak kandung yang telah banyak menolong dan kakak ipar yang menjaga aku kat rumah ni. Bila aku rapat sikit dengan kak ipar,kakak kandung cemburu. Bila aku rapat dengan kakak kandung,kak ipar terasa. Aku penat melayan kerenah diorang yang macam kebudak-budakan. Bila aku mengharap kakak akan memahami perasaan adik,tapi aku yang kena jadi matang dari mereka. Bila aku harap mendapat perlindungan dari keluarga,tapi kesengsaraan yang diorang beri.


Bila diorang saling mengutuk,aku hanya mampu mendiamkan diri. Sedap ke makan daging saudara sendiri?? Aku bukan nak mengata tapi kadang-kadang sikap mereka ni buat aku jadi rimas. aku tak sokong mana-mana pihak. tapi kenapa aku yang jadi mangsa pergaduhan mereka? Aku rasa benci untuk hipokrit depan semua orang seperti tak ada apa-apa yang berlaku dalam keluarga kami. bila kakak dah tak sudi nak menjejakkn kaki ke rumah ni disebabkan kak ipar,aku rasa lebih baik kami tiada pertalian adik-beradik, kadang-kadang aku terfikir,kalau mak dan ayah hidup lagi,benda ni tak kan terjadi. kenapa perlu bergaduh,mengutuk antara adik-beradik sendiri? Kalau kau benci dengan orang tu pun,tak perlu bercerita keburukan tu depan keluarga yang lain.


Bila aku melihat orang lain yang bahagia dengan keluarga diorang,tapi aku? Hidup dalam keadaan yang hipokrit. Berapa banyak duit pun tak kan dapat menyatukan kami sekeluarga. bila mana abang Cuma beri duit,tapi tak pernah bagi aku sedikit kasih sayang pun. Bila kakak mahukan aku sokong mereka,tapi pernah ke diorang faham perasaan adiknya?abang langsung tak pernah nak selesaikan masalah ni. Kenapa mesti ada keluarga,tapi hanya setakat pada NAMA?mungkin bagi kakak dan abang yang lain,mereka tak perlukan adik-beradik lain sebab mereka ada keluarga mereka sendiri,tapi aku??aku Cuma ada kakak dan abang yang tak pernah nak peduli perasaan adiknya. seorang adik yang berusaha sendiri menyatukan 1keluarga ni.


Macam-macam benda berlaku dalam family kami tapi seorang pun tak ambil inisiatif tuk menyatukan kami semula.masing-masing sibuk dengan kerja,anak.keluarga sendiri.tapi mana keluarga aku?

Friday, November 6, 2009

aku tak gatal,tapi aku miang

kau kacau aku sekali,aku kacau kau beribu kali.
kau kutuk aku belakang,aku kutuk kau depan-depan.
kau talam dua muka,aku gunting dalam lipatan.

kalau fikir aku baik sebab kau KAWAN aku,kau salah.
aku baik sebab aku MUSUH kau.

jangan fikir aku baik,sopan sebab aku boleh jadi seburuk dari yang kau bayangkan.

p/s: tapi aku still SAYANG kau.heh.