Saturday, March 6, 2010

cinta lagi

dah banyak kali fikir. aku penat..advantages and disadvantages aku dengan kau..baru aku tau kau ramai peminat juga..tapi tak payah nak show off kat aku konon ramai peminat kau tapi still terkejar aku yang biasa-biasa ni je.. aku faham. tak payah cakap banyak kali...kau bajet aku boleh berbangga ke dengan kehebatan kau yang konon macam prince charming yang kebanggaan orang ramai tu. kau hensem macam tom cruise pon tapi kalau mulut bau longkang, hati macam monyet tak payah nak attract aku dengan segala kelebihan kau.

memang aku demand tinggi. memang kalau boleh aku nak cari putera hensem naik kuda putih datang melamar aku.. tapi aku tau la taraf aku sampai mana. aku tau kau ajak kapel dengan aku biar kau boleh show off kau hensem, aku huduh. bengap. nak berdiri sebelah kau pun aku fikir 8X. apa lagi nak bersama forever n ever..aku tak berbangga la weyh dengan kehenseman kau. kang aku tunjuk abang aku yang 6 orang tu yang gagah perkasa baru kau tau langit dan bumi..heh. oh oh..tak payah nak tunjuk six pack kau sebab aku geli lelaki ada six pack..abang aku buncit lagi seksi la.. =)

bila hari tu aku cakap konon nak sembahyang istikharah mungkin dah tak perlu. aku reject kau dengan suka rela. aku tau kau tak de blog..sebab tu aku suka rela kutuk kau.heh..aku tak hadap muka kau macam tom cruise sebab bagi aku johny deep laaagi hensem.. ;p
baru mahu memulakan hidup baru,tapi kau kucar-kacirkan hidup aku..ceh..ganti balik mood aku yang da habis berfikir soal kau..tak berbaloi.

oh oh..kau pernah tanya aku kan kenapa aku single?meh aku bagi jawapan..sebab aku lesbian yang tak de feel nak hadap muka jantan keberet macam kau. dah faham?
* aku bukan les ok, itu ayat kontroversi saja..aku pun perempuan. nak disayangi.juga mahu menyayangi.. *pipi da blushing n_n

eh eh..rasa macam nak cakap 'i need u sygs'. tak pe.tak pe..simpan dulu..bila dah ada hari-hari aku cakap sampai 'kau' bosan nanti..heeee.... n_n

p/s: rasa nak menyanyi lagu 'halimah jongang'. ehek... (^_^)

Monday, March 1, 2010

dunia belum berakhir

salam semua. hari ni mula membuat pembersihan sawang. uisyh..tebal sungguh sawang2 di blog ini..actually, kenapa dah lama tak blogging? biasa la..tugas harian sebagai pelajar memang sangaaat memenatkan.tapi itu pilihan kita..ceh ceh..harus di tempuhi.. T_T
eh eh. baru aku perasan.lately ramai yang loss weight kat segamat.kenapa eik?tension? stress?
aku hairan.aku pun tension,stress..tapi kenapa berat tak turun jugak?cis..hormon tak stabil la ni..
hurm...

ari tu, jumaat,sabtu n ahad aku pergi OPKIM(operasi khidmat masyarakat)
kat FELDA SELANCAR. ala..kat area muadzam Shah..aku ingat jauh sangaaat la..tapi..aku baru nak terlelap dalam bas,dah sampai..ceh..1 jam je perjalanan. baru nak jakun naik bas..grrr..
best juga la..dapat family angkat..aku ngan ekyn 1 umah..kitorang dapat ibu tunggal..sebenarnya lidah aku ni macam dah kaku nak panggil 'MAK'..yela..dah berapa tahun x sebut perkataan 'MAK' tu..huhuhu..

sebenaarnya nak cite banyak pasal OPKIM tu..tapi macam x de mud..nanti-nanti la aku cite.
otak tengah blur sekarang ni..
penat la berfikir soal hati ni..nak terima ke tak?
eh eh..nanti aku solat istikharah la..;)

p/s: aku single pun salah. nanti aku cakap ramai minat, kau kata meninggi diri pula..
susah la kau ni...