Monday, November 30, 2009

Ku sangka panas sampai ke petang

Salam semua..hampir sebulan tidak blogging. ketandusan idea untuk bercerita dan life aku yang agak membosankan kebelakangan ni tiada masa untuk bercerita benda baru. Cuti sem mungkin saat yang paling menggembirakan bagi kami pelajar IPTA/IPTS. Tapi bagi aku mungkin cuti sem kali ni saat yang membuatkan aku banyak mengeluarkan air mata. Bila mana orang nampak aku tersenyum sepanjang masa tapi dalam hati tak siapa yang tau. Oh ya,mungkin sudah terlambat tapi aku nak mengucapkan


Selamat Hari Raya AidilAdha.


Bila dikira sudah hampir 4tahun lebih aku beraya tanpa mak dan ayah. sudah 4 kali raya juga kami adik-beradik tak berkumpul bersama di rumah pusaka ni.


Impian untuk berkumpul 1 family tu mungkin cuma tinggal harapan. Sebab kenapa?? Disebabkan salah faham,kelurga kami pecah belah. Kakak kandung bergaduh dengan kakak ipar yang duduk kat rumah pusaka ni. Sampai ke hari ni tak pernah nak bertegur sapa. Aku tersepit antara menjaga hati kakak kandung dan kakak ipar. Kakak kandung yang telah banyak menolong dan kakak ipar yang menjaga aku kat rumah ni. Bila aku rapat sikit dengan kak ipar,kakak kandung cemburu. Bila aku rapat dengan kakak kandung,kak ipar terasa. Aku penat melayan kerenah diorang yang macam kebudak-budakan. Bila aku mengharap kakak akan memahami perasaan adik,tapi aku yang kena jadi matang dari mereka. Bila aku harap mendapat perlindungan dari keluarga,tapi kesengsaraan yang diorang beri.


Bila diorang saling mengutuk,aku hanya mampu mendiamkan diri. Sedap ke makan daging saudara sendiri?? Aku bukan nak mengata tapi kadang-kadang sikap mereka ni buat aku jadi rimas. aku tak sokong mana-mana pihak. tapi kenapa aku yang jadi mangsa pergaduhan mereka? Aku rasa benci untuk hipokrit depan semua orang seperti tak ada apa-apa yang berlaku dalam keluarga kami. bila kakak dah tak sudi nak menjejakkn kaki ke rumah ni disebabkan kak ipar,aku rasa lebih baik kami tiada pertalian adik-beradik, kadang-kadang aku terfikir,kalau mak dan ayah hidup lagi,benda ni tak kan terjadi. kenapa perlu bergaduh,mengutuk antara adik-beradik sendiri? Kalau kau benci dengan orang tu pun,tak perlu bercerita keburukan tu depan keluarga yang lain.


Bila aku melihat orang lain yang bahagia dengan keluarga diorang,tapi aku? Hidup dalam keadaan yang hipokrit. Berapa banyak duit pun tak kan dapat menyatukan kami sekeluarga. bila mana abang Cuma beri duit,tapi tak pernah bagi aku sedikit kasih sayang pun. Bila kakak mahukan aku sokong mereka,tapi pernah ke diorang faham perasaan adiknya?abang langsung tak pernah nak selesaikan masalah ni. Kenapa mesti ada keluarga,tapi hanya setakat pada NAMA?mungkin bagi kakak dan abang yang lain,mereka tak perlukan adik-beradik lain sebab mereka ada keluarga mereka sendiri,tapi aku??aku Cuma ada kakak dan abang yang tak pernah nak peduli perasaan adiknya. seorang adik yang berusaha sendiri menyatukan 1keluarga ni.


Macam-macam benda berlaku dalam family kami tapi seorang pun tak ambil inisiatif tuk menyatukan kami semula.masing-masing sibuk dengan kerja,anak.keluarga sendiri.tapi mana keluarga aku?

6 comments:

sitinoramira said...

:sigh:
babe..
aku x taw nk ckp ape
maybe ko nampak aku mcm berpihak kt mak aku
tapi...
i dunnow how to talk about it
aku rase ade something yg ko x taw.. time kenduri yg ko x balek tu..
aku harap ko x dgr bnde ni drpd 1 pihak je..
ko tanya sendiri kt akak kandung n akak ipar ko, then ko nilai sendiri..
lagi satu, aku x nk hubungan kite terjejas sbb bnde ni...
maaf klw aku salah..
dont be so stress okay..

first time komen secara serious

Ika Razak said...

Hmm.. sabar ye... cube la fikirkan sesuatu yang terbaik untuk satukan family awak.. Semoga berjaya.

Vee Marissa said...

dear... im here for u syg...
semua org ada mslh dear...
wat cm aku wat....
kalau kite ada mslh pk cmnie.. ada org masalh dy lagi berat....
sabar... masalh dorg biar dorg yang selesai kan...

Anonymous said...

sbr ye zila..
aku phm perasaan ko..
akak2 n abg xkn same mcm mak ayah jaga kite.

akak abang tau nak marah jer..
membebel kat kite mcm2..
aku kdg2 nangis bile buat keje tanpa bantuan adik beradik lain..

walaupun aku ade mak ayah lagi,
tapi aku tetap pk mase depan kalau dorg dh xde nt..
aku dpt rasekan xde sape akan pedulikan aku..

aku tolong wat keje2 umah ni semua pn sbb nak tlg mak ayah aku jer..
aku nak senagkan mak ayah aku..
bkn nak menyenangkan abang akak aku yg dok goyang kaki tu..

biarla org nak kutuk atau ckp mcm2 kat aku..
aku tetap dengan niat aku yg sebenar..
aku pendamkan rase benci, marah pd dorg..

ko x perlu tau aku sape..
aku penah jd wingmate ko..
tabahkan ati,
tuhan tau ape yg berlaku..

t.care zila..

eira said...

stiap pe yg brlaku psti de hikmahnya...
hnye doa yg dpt ubh sume nye...
insyaallah...

mazmi said...

Bersabarlah....cepat2 bina keluarga sendiri....