Saturday, March 6, 2010

cinta lagi

dah banyak kali fikir. aku penat..advantages and disadvantages aku dengan kau..baru aku tau kau ramai peminat juga..tapi tak payah nak show off kat aku konon ramai peminat kau tapi still terkejar aku yang biasa-biasa ni je.. aku faham. tak payah cakap banyak kali...kau bajet aku boleh berbangga ke dengan kehebatan kau yang konon macam prince charming yang kebanggaan orang ramai tu. kau hensem macam tom cruise pon tapi kalau mulut bau longkang, hati macam monyet tak payah nak attract aku dengan segala kelebihan kau.

memang aku demand tinggi. memang kalau boleh aku nak cari putera hensem naik kuda putih datang melamar aku.. tapi aku tau la taraf aku sampai mana. aku tau kau ajak kapel dengan aku biar kau boleh show off kau hensem, aku huduh. bengap. nak berdiri sebelah kau pun aku fikir 8X. apa lagi nak bersama forever n ever..aku tak berbangga la weyh dengan kehenseman kau. kang aku tunjuk abang aku yang 6 orang tu yang gagah perkasa baru kau tau langit dan bumi..heh. oh oh..tak payah nak tunjuk six pack kau sebab aku geli lelaki ada six pack..abang aku buncit lagi seksi la.. =)

bila hari tu aku cakap konon nak sembahyang istikharah mungkin dah tak perlu. aku reject kau dengan suka rela. aku tau kau tak de blog..sebab tu aku suka rela kutuk kau.heh..aku tak hadap muka kau macam tom cruise sebab bagi aku johny deep laaagi hensem.. ;p
baru mahu memulakan hidup baru,tapi kau kucar-kacirkan hidup aku..ceh..ganti balik mood aku yang da habis berfikir soal kau..tak berbaloi.

oh oh..kau pernah tanya aku kan kenapa aku single?meh aku bagi jawapan..sebab aku lesbian yang tak de feel nak hadap muka jantan keberet macam kau. dah faham?
* aku bukan les ok, itu ayat kontroversi saja..aku pun perempuan. nak disayangi.juga mahu menyayangi.. *pipi da blushing n_n

eh eh..rasa macam nak cakap 'i need u sygs'. tak pe.tak pe..simpan dulu..bila dah ada hari-hari aku cakap sampai 'kau' bosan nanti..heeee.... n_n

p/s: rasa nak menyanyi lagu 'halimah jongang'. ehek... (^_^)

Monday, March 1, 2010

dunia belum berakhir

salam semua. hari ni mula membuat pembersihan sawang. uisyh..tebal sungguh sawang2 di blog ini..actually, kenapa dah lama tak blogging? biasa la..tugas harian sebagai pelajar memang sangaaat memenatkan.tapi itu pilihan kita..ceh ceh..harus di tempuhi.. T_T
eh eh. baru aku perasan.lately ramai yang loss weight kat segamat.kenapa eik?tension? stress?
aku hairan.aku pun tension,stress..tapi kenapa berat tak turun jugak?cis..hormon tak stabil la ni..
hurm...

ari tu, jumaat,sabtu n ahad aku pergi OPKIM(operasi khidmat masyarakat)
kat FELDA SELANCAR. ala..kat area muadzam Shah..aku ingat jauh sangaaat la..tapi..aku baru nak terlelap dalam bas,dah sampai..ceh..1 jam je perjalanan. baru nak jakun naik bas..grrr..
best juga la..dapat family angkat..aku ngan ekyn 1 umah..kitorang dapat ibu tunggal..sebenarnya lidah aku ni macam dah kaku nak panggil 'MAK'..yela..dah berapa tahun x sebut perkataan 'MAK' tu..huhuhu..

sebenaarnya nak cite banyak pasal OPKIM tu..tapi macam x de mud..nanti-nanti la aku cite.
otak tengah blur sekarang ni..
penat la berfikir soal hati ni..nak terima ke tak?
eh eh..nanti aku solat istikharah la..;)

p/s: aku single pun salah. nanti aku cakap ramai minat, kau kata meninggi diri pula..
susah la kau ni...

Tuesday, January 26, 2010

tahniah buat saya

ini memang betul-betul cari mati. gila. 2 asignment harus di hantar esok. tapi aku tak buat satu pun, even introduction pun. berani mati tak? dah la lecturer da kasi warning awal-awal, 'my assignment should be submit on wednesday, before 5 p.m' lebih dari tu, memang konfirm dapat telur ayam. malam ni mungkin stay up. mungkin lar. haha. memandangkan saya mendapat berita yang sangat baik, wahahah...nak tau ape?

*jeng jeng jeng jeng..cen ceng ceng ceng (gila ape?)

attendance tak akan diambil dalam minggu ni. hal ini disebabkan, (bahasa puitis la pulak)
validation start 2hb, maka kau datang or tak datang kelas pun, still tak ambil kira..hahahahh
*gelak evil
maka kami geng-geng bas sekola, telah merancang untuk memontengkan diri dari menghadiri kelas esok dan beramai-ramai menyiapkan asignment..tada!! satu idea yang sangat bernas bukan?hahaha

mungkin tuhan nak beri peluang kepada saya yang tak pernah nak insaf-insaf ni menyiapkan assignment itu 'on time!'
sila beri tepukan gemuruh [tetiba]

dah-dah. orang da bagi peluang tu harus di manfaatkan sepenuhnye.
kerja-kerja memerah otak bermula,
sekian. [tetiba lagi]

p/s: nak tido dulu, pukul 12 baru bangon boleh? =)

Friday, January 22, 2010

bila aku lupa cara copy and paste

asignment bertimbun. i mean sangaaat banyaaak. tak terkira. muka penuh ketensionan. semua lecturer menetapkan piawaian asignment standard degree punya. otak serabut. saraf mula berselirat. critical thinking, brainstorming mengeluarkan idea luar dari batas IQ seorang pelajar diploma. sangat letih, penat. bila mana BI aku kelas ke-3, semakin sukar menyiapkan walaupun 1 page pun.

jiwa semakin buntu. internet slow. laptop problem. homesick.
presentation next week. submit assignment next week. segala event kelab next week. otak sudah blank. ingatkan awal sem boleh rilek. tapi harapan..minggu pertama dah start lecture. minggu kedua dah start pengagihan asignment. minggu ketiga dah start kuiz,presentation. betul la apa senior kata. semakin naik sem, semakin tension. T_T

teringat masa part 1. hampir setiap minggu balik. jarang study. on9 lebih. tapi memang masa tak boleh nak undur lagi. hakikat yang kena terima. lain la kalau kau orang senang, kahwin pun memang konfirm dapat anak raja memang tak perlu susah payah struggle gila-gila semata-mata nak dapat kerja bagus. itupun kalau dapat kerja. kalau kerja penganggur terhormat negara? dengan kau nak bayar hutang PTPTN yang 'bunga' dia tahap orang kata riba'. oh oh sapa kata hidup kat U heaven.. makan tanggung, berak cangkung la (amek kau bahasa sastera)
lain la kau study kat Lim Kok WING boleh la heaven gila-gila. kau dress apa pun tak kena saman. skip kelas sampai seminggu pun tak kena bar. cafe tahap starbucks punya. bukan cafe 'pakmat' kat benteng ni. T_T

erm, tadi IM dengan kawan kat FB.

Zettyfarahana

amboii....asgmnt da wt ker?

Zila

mst r lum

HAHA

9:22pmZettyfarahana

next week nk sbmit

9:23pmZila

tau..pning r nk wat

ko da wat ke?

9:23pmZettyfarahana

en razak da wt..cik suhaila x wt g

9:24pmZila

pergh.en razak ko wat cmne?

9:24pmZettyfarahana

cr kt intrnt..ps2 wt logik akal

9:26pmZila

haha

plagiarism tul

9:26pmZettyfarahana

huhuhu...cm xbiasa lak...

9:26pmZila

hoho..sem ni ak da baek

x nk copy paste..haha


sumpah macam dah lupa cara nak copy paste. tadi try tapi aku tak boleh. sengal. bukan nak kata aku baik. tapi mungkin bila lecturer kata tak halalkan asignment copy paste, agak payah aku nak cari link yang sesuai. last-last aku surrender. doa seorang lecturer memang mujarab. haish ..(-_-') ni la akibat nak buat plan evil.
maaf puan...tehee..janji tak buat lagi. =)

oh baru ingat nak buat validation, tapi rupa-rupanya sudah di postpone pada 2 februari. ingat course registration problem. siap maki student portal lagi tadi..huhu .;p

p/s: apa mahu buat di hari minggu ini?
- tak nak jadi loser yang stay kat bilik sepanjang hari, 24 hours. cadangan tolong? =)



Thursday, January 21, 2010

ini entry merapu

*sekadar gambar hiasan

secara tiba-tiba idea untuk merapu datang mencurah-curah ke ladang gandum (apa aku merepek ni). ari ni ari khamis. pukul 7.15 petang or malam? erm,wat ever lah. sementara menanti giliran tuk mandi, mari kita habiskan masa mencarot,merapu sikit.(eyh,aku tak nak mencarut)

dah 2 minggu tak pulang ke kampung halaman.wah! satu perkembangan yang agak baik. eh jap.kampung aku kat mana?(-__-')

minggu ni agak sibuk.ceh,bukan minggu ni jer.setiap minggu kot? tapi minggu ni agak tension jugak la..isyh,sengal betul pengurusan di uitm segamat ni. laluan tuk kepejabat Unit sukan ditutup. gila betul.. terpaksa aku menapak bapak jauh lalu belakang admin pastu lalu bilik KP,pastu naik pejabat bendahari,pastu turun balik pegi unit sukan. mesti korang dah pening kan?aku lagi pening. tapi tak pe.dapat bakar kalori aku yang berganda ni.

oh laptop aku wat hal plak.cis..time ni plak mengada-ngada nak rosak, nak minta belaian, nak kasih-sayang. tak tau apa problem dia.kejap-kejap dia mati.aku baru nak tengok muve best cket,dia mati. aku baru nak tengok bab-bab yang romantik cket,dia mati. aku baru nak wat asignment cket,dia mati. memang saje cari padah betul. nak dibaling,sayang. nak disimpan,bengang. bila aku selidik,tolak,tambah,darab,bahagi rupa-rupanya coooler aku yang rosak. cooler aku kan bersambung dengan laptop. so,kejap2 dia mati la..lepas aku cabut cooler tu, baru la ok sikit.huhu.. itulah kelebihan pelajar diploma pengurusan maklumat. bab merosakkan laptop, beri saje kepada saye..HAHA.. ;p

sem ni dapat lecturer semua nama nak sama dengan aku.heh. tau la nama aku market..wahahaha! sorang tu nama dia Cik Siti Nuur-Ila. sorang lagi Cik Suhaila. nama saya Norzila..HAHA. sama x? =)

eyh,da banyak rupenyer aku merapu ni.
k la, harus pergi ke yasin wing. ALHAMDULILLAH. bagus betul budak sorang ni..sape2 nak jadikan calon bini,silakan.. HAHA ;p

p/s: tak tau lagi berapa abad lagi nak update entry selepas ni. =)

Sunday, January 10, 2010

saya juga manusia biasa

susah kalau nak bercerita tentang perasaan..sebab boleh 'makan dalam' bila kita bermain dengan perasaan tu..bila kita cakap kita perlukan masa,it means that it is not easy to share your feeling with others especially orang yang kita baru kenal.sangat susah..maksud aku memang terlampau susah..even da cuba try banyak kali untuk terima perasaan tu sekalipun tapi kalau hati tak rela,still tak jalan juga.

lately mungkin terlampau moody and effect dekat 'someone' yang mana dia tu memang selalu kena marah dengan aku tapi tak bermakna saya membenci awak.faham tak definisi benci tu macam mana?bukan nak avoid dari awak so marah-marah awak.(kan aku da berterus-terang ni)
susah nak jaga perasaan banyak pihak..bila mana perasaan tu disalah tafsir,maka persahabatan tu akan putus.makna aku PUTUS tu kau terus loss contact dengan orang tu semata-mata 'perasaan' yang ada sekarang ni. oh aku bukan jenis yang pandai nak pujuk-rayu, 'please come back to me'
(sambil menangis berguling-guling) T_T

bagi aku,take ur time untuk tenangkan diri kau dan bagi saya, awak tetap 'KAWAN' saya.ok? if 'perasaan' kita tu di tuka kepada yang lebih kearah 'do u love me' itu mungkin lagi mengeruhkan 'perang badar' kita ni..alangkah bahagia kalau kita still 'KAWAN' n dapat 24/7 messaging macam dulu kan?coz the truth is deep inside on me u r de most wanted friend i want..huhu..(ayat sedih sikit) T_T

saya ni manusia biasa.tak mampu nak kawal emosi.kalau rasa bengang,tulis kat blog.kalau rasa suka pun tulis kat blog..nasib baik sekarang ni masih mampu mengawal emosi..huhu..
oh ada sikit 'surat layang' saya tuk 'orang berkenaan' tu..sila la baca kalau sudi.. ('-')


awak,saya minta maaf kalau sepanjang perkenalan kita,saya banyak buat salah.banyak kali marah awak.banyak kali menghina awak..tapi saya tak bermaksud pun.,.saya cuma bergurau je dengan awak..huhu.tapi awak pun kadang-kadang kutuk saya juga kan?kan?tapi saya x kesah pun..awak kutuk pasal ketinggian saya,tapi awak pun 2x5 juga..hahahah..oh, marila kita berdamai..tak elok bermasam muka even memang masam pun..if awak nak avoid dari saya pun,macamla awak duduk kat hujung dunia..nanti tak esok,lusa,tulat bertembung juga..huhu.
erm,saya malu la nak karang panjang-panjang lagi..tehee..last word (ececeh,macam bagi amaran plak) terima la kemaafan dari saya.uhuk.. ngee.... n_n

p/s: kalau tulis pakai kertas,da penuh bakul sampah tu dengan kertas yang di keronyok ngan aku..tehee..if kau menangis berjurai air mata pun,xde la kena kat kertas..hehe ;p

Thursday, January 7, 2010

senior-junior

Alhamdulillah.berjaya menyambung sem ke-4 di uitm segamat..walaupun result agak tak berapa nak membanggakan tapi at least aku still boleh sambung belajar lagi.sem ni agak ramai juga buat 'fast track'.ececeh...bangga la yea korang pegang title degree tu..nyway,tahniah la korang semua yang amik 'fast track' tu n jumpa nanti kat puncak tahun depan.insyaALLAH..

owh..sem ni juga agak ramai budak kelas aku yang DL..cuma aku jer yang boleh tersangkut.biasa la..standard dengan usaha yang tak seberapa tapi kau nak result 4flat.memang haram jadah la kau nak dapat..hari-hari muka ulangkaji facebook,blog,my space,friendster,ym,skype..(ha..amik kau semua aku senarai) mane nak keluar time exam..kalau la dia tanya 'apakah URL blog *who am i for u* memang konfirm A+ dalam tangan la..hahahaha (-_-")

owh,sem ni aku still bilik lama.blok belakang.bilik belakang.memang sesuai untuk penternakan bapak segala jin.tapi aku REDHA.ececeh..berkat doa,mengaji bilik aku selamat untuk diduduki..oh oh sem ni katil aku pindah atas..grr...terpaksa aku memanjat katil dengan kepanjangan kaki yang tak berapa nak dibanggakan..oleh kerana aku senior yang baik hati (-_-") tak mahu la argue dengan junior semata-mata berebut katil.ececeh..cukup berbangga dengan pencapaian kesabaran tahap maksima.


owh,sem ni juga aku tak berapa gila kuasa sangat..muahahah..gila kau nak pegang segala semua jawatan yang ada kat uitm ni..macam sem lepas aku clasrep,asst wing capt,exco GPMS n RAKAN MUDA..tak macam busy mengalahkan wakil rakyat dan rumate pun kalau nak jumpa kena buat appoinment dulu semata-mata nak pinjam berus baju(contoh je la untuk lebih dramatik cerita ni)


oh oh walaupun konon tak busy sangat tapi aku busy dengan farmville,petville,cafe world aku..huhu (konon nak berubah tapi haram jadah)
oh oh cukup berbangga juga bila ada orang panggil kak zila. rasa macam cukup matang untuk memberikan nasihat kepada adik-adik semua.ahahah...ye la weyh..tahun ni umur dah 20 tahun..jadi agak-agak la yea..huhuhuu.. ;)

owh,sudah banyak benda aku melalut..biasala bila dah lama tak blogging.idea keluar dengan mencurah-curah.(amik kau metafora aku bagi)
sempena tahun tak berapa nak baru ni aku tak de buat azam baru sebab azam tahun lepas pun tak tertunai lagi..haha.
owh sem ni kaaan aku berazam tak mahu mengeluarkan kata2 kasar,lebih friendly,tingkatkan prestasi,lebihkan makan nasi... ;)