Monday, September 28, 2009

tolong beri saya ruang tuk bertapa

baru aku perasan dah lame blog aku tak di selingkan dengan pic..selalu banyak entry merepek dan membebel yang tah pape..oleh itu aku nak upload pic banyak-banyak kasi jamak entry yang lepas sebab aku tau pas ni memang aku jarang upload pic..ini kerana perkhidmatan celcom beruk-band yang sangat pantas ibarat kelajuan cahaya menyenagkan aku nak on9.heh..membazir je bayar tapi penggunaan ibarat aku menggunakan wifi jer..lembap macam GARY SPONGEBOB tul!

dah,malas nak marah.meh sini aku cite benda yang berlaku kat umah aku sewaktu ari rayer tu.

Sehari sebelum raya ari tu rumah aku dilanda banjir..
bilik aku abes tenggelam..huhu..sangat sedih..tapi RAYA tetap diteruskan..


pic lepas banjir..rasa macam duk kat kepulauan hawai plak..huhuhu
raya tahun ni langsung tak membawa apa-apa makna sebab semua rumah banjir..aktiviti bertandang ke rumah sedara-mara terbantut..ada gak umah yang aku pegi beraya tapi kena angkat kain tinggi2 sebab nak harung banjir.sumpah adventure giler+ ada cacing kerawit kat air tu n then melekat kat buku lali..hish..geli seribu tahun la...

***CERITA RAYA***


yer..saya tau tu sume edit belaka..muka saya tak la sebersih itu..tima kasih atas jasa baik k.ipar yang tolong make-up kasi tutup jerawat batu saya..huhu..>_<
same je ngan pic kat atas..saje nak mencapup lebih-lebih..hekhek..yang tengah tu anak buah yang keberapa tah..tapi cuumeell sangaaat...MACAM aciknyer gak..hehe..nama die MOHD SYAHMIRUL HAZIQ..tapi aku panggil die JAMIL..haha..memang jauh panggang dari api..hakhak

so far,tak banyak benda nak cerita..
masa tuk fikir asignment,test,final project dan bla bla bla...
masa tuk update blog akan semakin berkurang dan mungkin akan stop blogging tuk sementara waktu..heh.saya tau awak akan rindu saya sygs. ;)

sekarang ni pun tengah siapkan report sambil muke sangap nak tido, terbaring-terlentang macam orang tengah berpantang sambil memberi jelingan maut kat member sebelah.owh,sedap2 ko tido yerk..nasib baik sok claz start kul 4..mari kita blogging sebentar...

dah-dah,sambung wat report tuk fieldwork UiTM Lendu ari tu..
nak dapatkan 20 page tu ibarat macam nak tunggu kucing bertanduk..haish.otak tak dapat mencetuskan idea waktu genting macam ni..nasib baik ada 'kamus digital' dimana menolong saya translatekan kedalam BI..Tima kasey ye AWAK..ala kuci-kuci..heee.. >_<

k la,semangat dah mula berkobar balik..mari kita meneruskan perjuangan..

geng bas skola a.k.a geng SEGAMARTIAN..

go go caiyok!! zzzzzz ;o


Monday, September 14, 2009

what if

aku selalu terfikir kalau,kalau,kalau..hurm,berapa banyak kalau aku nak fikir.tapi itu la yang selalu meyemakkan kepala otak..aku bangun agak lewat ari ni..haish..bukan ari ni je.tapi memang dah selalu aku bangun lewat..lepas tu aku terfikir KALAU aku bangun lewat,mesti aku ponteng kelas.tapi nasib baik ari ni tak de kelas..

tadi malam aku tertido sambil dengar lagu AFGAN-ENTAH..dah berapa malam aku tido bertemankan lagu tu pun tak tau.aku tersedar pun sebab lagu tu jugak.dah berapa kali pusingan entah lagu tu..haish..KALAU ari-ari aku dengar lagu ni boleh mereng + meroyan kot?dah2..stop dari layan blues jap..pagi tadi seperti biasa bangun sahur kul 5 pagi..dah akhir-akhir puase macam rajin nak bangun..tapi pegi terawih macam malas.KALAU P.I tu dekat maybe aku pegi tiap2 malam kot?

aku macam rindu seseorang.tapi tak tau sape..KALAU diberi peluang,tolonglah scan jantung,hati,limpa aku skunk..sumpah aku tak tau aku rindu sape..haish.mainan perasaan lagi.aku macam termimpi seseorang.dia datang tanpa di undang..mungkin betul apa ust kamarulzaman cakap itu hanya lah permainan iblis..dah,stop merepek.

malam tadi juga aku pusing 1 sektor B.sorang-sorang aku berjalan.dalam ati berdoa tak mau jumpa 'kakak cantik'.pegi bilik member kat Si Manja Kini mengambil beruk-band.pegi Intan amik cop kolej.balik Zamrud,main kejap ngan alat senaman tuh..hihihi.pastu ada dengar sore sumbang berkate
'kenapa alat ni letak kat zamrud'? pastu member dia balas
'bia budak zamrud slim sikit'.
terdiam.tengok body atas bawah.hurm..T_T
KALAU aku slim,aku tak payah dengar sore sumbang tuh.

sedang mengira ari mao pulang ke kampung halaman.
sedang menyiapkan kad raye tuk di edarkan kepada kengkawan.
sedang mengemas almari yang bersawang.
sedang melihat luar dan ternampak monkey.saaangatt cuumeel.
sedang menulis entry yang sangat merepek.
ok,abis membebel. =)

nota kaki: ada someone tanya kat aku.
' kenapa dengan blogger segamat.masing-masing macam stop blogging.' no comment. =)

p/s: saya dah kembali senyum..baru perasan memang langit tak selalu cerah,tapi disebalik awan mendung tu,ada PELANGI yang sedang menunggu mewarnai awan kelabu.
ok,quote yang saya sendiri faham. ;)

Sunday, September 13, 2009

sebab aku menulis blog

kini saya kembali..saje menenangkan fikiran setelah lame menyepi dalam blogging..
tak tau la apa dah jadi kat diri aku.
bile dah taip entry tapi rasa macam tak nak post n at the end terkumpul kat draft tuh.
dulu aku macam cakap nak stop blogging kejap..tapi macam tak berjaya..
last-last aku menyepi kejap pun ada orang da tanya bila nak update blog..haish,saya tau anda semua sayangkan saya..hehe =)


ari tu aku macam terfikir kenapa aku buat blog ni..
rupenyer sebab time tu otak macamm dah mereng sebab frust kot.
haish..salah sendiri juga sebab menimbulkan perasaan kat orang yang tak sepatutnyer..adat la kalau frust menonggeng.tu pasal aku tulis blog kot?aku kutuk abis-abis n bila orang tu tau aku kutuk dia,dia copy segala entry aku n post kat blog dia.
hurm..mase tu aku macam still mentah dalam blogging..macam jadikan tempat tuk luahkan segala sedangkan perasaan tu mana boleh di paksa.


ari tu juga aku macam dah kena warning ngan kakak pasal tulis ayat mencarut dalam blog ni..ceh.aku kan macam senang terpengaruh dengan penulisan blog orang lain macam aku tulis WTF,DAMN,SHIT dan terus di anggap macam perempuan tak bermaruah oleh kakak.terus terdiam.stop blogging sekejap.bila saya muncul kembali stilll same..sebab perkataan tu dah jadi bualan harian kita..

sebab tulis blog juga mungkin tempat tuk luahkan perasan yang tak kesampaian.ye la,aku kalau suka orang tu,senyap-senyap.pastu tulis kat blog pasal si polan dan si polan.bila hati macam dah cukup rapuh aku usir terus perasaan tu.tapi kaannn...aku still manusia biasa.ala,perasan tu pun dah lama berkubur.kot??

heh.aku macam teringat lagu AFGAN-ENTAH. sumpah macam sangat mendalam lirik lagu tu.aku kadang-kadang macam ketinggalan zaman ckit.bila lagu tu dah macam lame kat radio,baru aku perasan dan mula nak minat sedangkan lagu tu dah macam orang dah tak berapa minat aku macam terhegeh nak faham maksud lagu tu.

haish..kenapa entry aku macam bercampur..tapi tu la..
dah lama tak blog.mungkin tak tau nak cerita apa.
ok,sila abaikan entry merepek ni.terima kasih. T_T

p/s: thankz kat AWAK sebab tulis pasal saya.tapi kaaan..saya ni tak la perfect sangat kan??
btw,teletubies itu sangatt cumel.macam awak. =_=

nota kaki: thankz tuk nasi goreng.thankz tuk drive to tangkak.thankz tuk semua.. =)

Wednesday, September 2, 2009

fieldwork UiTM Alor Gajah

ades...minggu ni mungkin minggu sibuk sedunia...
haish...otak mungkin akan bekerja 27 hours tanpa henti..
aku rasa macam nak belah 2 bahagian badan supaya menyenangkan kerja aku..
tapi aku bukan transformer sesuka ati nak belah badan...
~long sigh...

pening kepala nak buat research tuk final project ni..
dah la macam 1st time buat research,aku da macam blur2 nak minta bantuan sape tuk selesaikan kerja luar ni..
haish..tu la..malu la konon nak bertanya kat senior..
last2 kelam kabut naik turun HEA..(ok,HEA kat groundfloor..x de tangga)

1st perancangan nak buat research kat library UNISEL..
tukar plan nak buat kat UiTM Puncak Perdana..
tukar plan lagi nak buat kat UTEM..
last sekali....buat kat UiTM Alor Gajah...
haish..mintak2 plan B ni menjadi..
aku dah tak sanggup nak fikit ke mana lagi nak buat research...
if tak boleh gak,buat je la kat PTDI ni...ha!!lagi senang..,

ok...budget pun nak kena fikir gak...
sewa keta setengah ari tuk pegi ke MELAKA mungkin dalam 70 ringgit + minyak keta dalam 50 ringgit...
total semua RM120...
haish...kan best kalau abang aku keje cop duit...
dah la subsidi tak masuk lagi..
mungkin ujung bulan ni aku makan pasir dan batu je kot..
heh..harapan...

ok,1 keje lagi....
cari kelas ganti tuk tutorial..
naik turun ILQAM..
aku pun tak tau kenapa pn rash suka2 hati tuka jadual..
ades....penat..penat!
weyh!sem depan jangan lantik aku clasrep ag..penat ouh!!

keje tuk update BLOG RAKAN MUDA..
haish...mane aku nak cari pic exco ni..
kang aku letak pic tah pape baru tau..
belum lagi update board RAKAN MUDA..
ades...tolong la belah badan aku ni..please???

adoyai..kenapa la sem ni macam tak cukup kaki dan tangan..
tido pun tak berapa nak lena sampai terbawa dalam mimpi aku tengah siapkan asignment..
heh..harapan....
asignment menggunung tu la weyh...

test,kuiz yang selalu mengejut.,.
boleh sakit jantung aku..
isyh.. T_T

ceh..bila di fikir-fikir balik dulu macam ada ati nak extend bagai..
sekarang ni pun da cukup buat aku sesak nafas..
haish..macam dah x de mood nak beraya(cewahh..)
dah la laptop asik buat hal..
kang aku campak betul-betul aku gak yang rugi..
(sekali lagi fikir abang bukan keje cop duit)

p/s: tibe-tibe macam nak berlari masuk utan segamat, jerit kuat2 dan balik bilik tido..
zzzz......
(-___-)

Tuesday, September 1, 2009

cerita saya berbeza

hish..lama tul tak berblog..
sebab terlampau banyak cerita aku nak cerita,oleh itu aku pendekkan supaya lebih ringkas dan padat.. =)

1) sebab aku balik umah ari jumaat dan tiket kul 9 pagi,aku terpakse bangun kul 6.30 pagi dan membiarkan diri aku mandi air sejuk pagi2 bute..haish...dugaan..dugaan..

2) dengan muka yang sangap nak tido,sampai seremban terus naik ktm pegi nilai..oleh kerana mata da macam panda eyes,keta subaru abang aku terparking depan mata pun still tak nampak lagi..terhegeh-hegeh menelefon dan macam nak menangis la konon ingat abang tak amik..heh :'(

3) ari sabtu semua adik-beradik balik untuk berbuka bersama-sama dan cuba kau bayangkan..adik-beradik aku seramai 15 orang + anak buah lebih kurang 50 orang.heh.nasib baik umah sebesar stadium..hekhek..

4) oleh kerana terlamapu ramai,maka pinggan banyak nak dibasuh dan rumah macam tongkang pecah..tapi....still rilex sebab bibik kan ade...ceh..pemalas tul anak dara pak cik musman ni.. ^_>

5) ari ahad pegi shopping di banting..heh..bangga la pulak..ok,segamat lagi besh..mungkin orang ramai menyebabkan banting jammed..ceh..KL pun kalah ouh..

6) kena kejar ngan monkey belakang umah sewaktu mao membakar sampah..cuba kau bayangkan aku berlari dengan berkain batik and at the end aku jatuh tersungkur depan pintu umah dan digelakkan beramai-ramai oleh seiisi keluarga..huhu...sedeyh ouh..rasa macam nak sorokkan muka dalam tanah jer.. :'(

7) bagi mesej merdeka kat kawan-kawan..ok,tak semua..hekhek..tiba-tiba dapat mesej dari nombor pelik..panjang plak tu..rupenye nombor dari arab plak.huhu..ada kawan ni tengah mengerjakan umrah..hehe..sori tak reply mesej kamu..mahal la..tunggu balik malaysia baru reply banyak2 eik..

8) tolong abang pasang lampu kelip-kelip..ok,tak tolong pun sebab tinggi sangat..tolong tengok ok?? =p

9) bergaduh dengan anak buah sebab berebut coklat kit-kat..last2 da berbuka tak pandang pun coklat tu..hikhik

10) hampir tertinggal bas nak balik segamat..heh.nasib baik sempat.... ;)

malas nak tulis panjang-panjang..banyak lagi aktiviti yang aku lakukan tapi telah ditapis dahulu kerana under age punya cerita..hekhek
owh yer..ada dengar cerita pasal keretapi tergelincir dari landasan kat gemas..keretapi tu dari KL- Singapore..haish..takot betul..nasib baik aku tak naik ketapi tu..huhu

p/s: dah beli tiket raye 17 hb ni..nasib baik test 201 16 hb..haish..ter-baek la..macam la aku ada mood nak amik test nanti bile pale otak dah fikir nak balik raye..huhu