Thursday, January 7, 2010

senior-junior

Alhamdulillah.berjaya menyambung sem ke-4 di uitm segamat..walaupun result agak tak berapa nak membanggakan tapi at least aku still boleh sambung belajar lagi.sem ni agak ramai juga buat 'fast track'.ececeh...bangga la yea korang pegang title degree tu..nyway,tahniah la korang semua yang amik 'fast track' tu n jumpa nanti kat puncak tahun depan.insyaALLAH..

owh..sem ni juga agak ramai budak kelas aku yang DL..cuma aku jer yang boleh tersangkut.biasa la..standard dengan usaha yang tak seberapa tapi kau nak result 4flat.memang haram jadah la kau nak dapat..hari-hari muka ulangkaji facebook,blog,my space,friendster,ym,skype..(ha..amik kau semua aku senarai) mane nak keluar time exam..kalau la dia tanya 'apakah URL blog *who am i for u* memang konfirm A+ dalam tangan la..hahahaha (-_-")

owh,sem ni aku still bilik lama.blok belakang.bilik belakang.memang sesuai untuk penternakan bapak segala jin.tapi aku REDHA.ececeh..berkat doa,mengaji bilik aku selamat untuk diduduki..oh oh sem ni katil aku pindah atas..grr...terpaksa aku memanjat katil dengan kepanjangan kaki yang tak berapa nak dibanggakan..oleh kerana aku senior yang baik hati (-_-") tak mahu la argue dengan junior semata-mata berebut katil.ececeh..cukup berbangga dengan pencapaian kesabaran tahap maksima.


owh,sem ni juga aku tak berapa gila kuasa sangat..muahahah..gila kau nak pegang segala semua jawatan yang ada kat uitm ni..macam sem lepas aku clasrep,asst wing capt,exco GPMS n RAKAN MUDA..tak macam busy mengalahkan wakil rakyat dan rumate pun kalau nak jumpa kena buat appoinment dulu semata-mata nak pinjam berus baju(contoh je la untuk lebih dramatik cerita ni)


oh oh walaupun konon tak busy sangat tapi aku busy dengan farmville,petville,cafe world aku..huhu (konon nak berubah tapi haram jadah)
oh oh cukup berbangga juga bila ada orang panggil kak zila. rasa macam cukup matang untuk memberikan nasihat kepada adik-adik semua.ahahah...ye la weyh..tahun ni umur dah 20 tahun..jadi agak-agak la yea..huhuhuu.. ;)

owh,sudah banyak benda aku melalut..biasala bila dah lama tak blogging.idea keluar dengan mencurah-curah.(amik kau metafora aku bagi)
sempena tahun tak berapa nak baru ni aku tak de buat azam baru sebab azam tahun lepas pun tak tertunai lagi..haha.
owh sem ni kaaan aku berazam tak mahu mengeluarkan kata2 kasar,lebih friendly,tingkatkan prestasi,lebihkan makan nasi... ;)

Tuesday, December 8, 2009

mimpi yang mati

malam tadi aku tertido..kau faham tak maksud tertido?ia nya bermaksud aku tak bermaksud nak tido,tapi tanpa sengaja aku tertido..okeyh?aku tau kau dah pening..tak payah susah-susah pening kepala..abaikan saje.. (~_')

malam tadi aku mimpi..mimpi dapat 4flat..ceh,angan tinggi betul..kalau setakat mimpi dapat dekan x heran sangat..tapi sekali mimpi 4flat terus..ceh,x bole blah tul..huhu.tapi orang kate kalau kita mimpi benda yang baik,akan berlaku sebaliknya..contoh juga macam kita mimpi benda buruk,tapi benda baik yang akan berlaku..buat aku macam terketar sikit.result aku teruk ke nanti?

maybe kemungkinan besar macam tu la kot..sebab sem ni memang agak susah dan final exam pun aku buat macam hampeh sikit.hurm..(long sigh)
aku tau semua orang rasa jantung macam nak terkeluar, tido tak lena, makan tak kenyang sebab result dah nak keluar ni..
tapi,aku cuma mampu doa banyak-banyak mimpi aku tu jadi nyata.. :-)

p/s: malam semalam aku mimpi hampir kena patuk ular.macam mana yer? (-_-")

Monday, November 30, 2009

Ku sangka panas sampai ke petang

Salam semua..hampir sebulan tidak blogging. ketandusan idea untuk bercerita dan life aku yang agak membosankan kebelakangan ni tiada masa untuk bercerita benda baru. Cuti sem mungkin saat yang paling menggembirakan bagi kami pelajar IPTA/IPTS. Tapi bagi aku mungkin cuti sem kali ni saat yang membuatkan aku banyak mengeluarkan air mata. Bila mana orang nampak aku tersenyum sepanjang masa tapi dalam hati tak siapa yang tau. Oh ya,mungkin sudah terlambat tapi aku nak mengucapkan


Selamat Hari Raya AidilAdha.


Bila dikira sudah hampir 4tahun lebih aku beraya tanpa mak dan ayah. sudah 4 kali raya juga kami adik-beradik tak berkumpul bersama di rumah pusaka ni.


Impian untuk berkumpul 1 family tu mungkin cuma tinggal harapan. Sebab kenapa?? Disebabkan salah faham,kelurga kami pecah belah. Kakak kandung bergaduh dengan kakak ipar yang duduk kat rumah pusaka ni. Sampai ke hari ni tak pernah nak bertegur sapa. Aku tersepit antara menjaga hati kakak kandung dan kakak ipar. Kakak kandung yang telah banyak menolong dan kakak ipar yang menjaga aku kat rumah ni. Bila aku rapat sikit dengan kak ipar,kakak kandung cemburu. Bila aku rapat dengan kakak kandung,kak ipar terasa. Aku penat melayan kerenah diorang yang macam kebudak-budakan. Bila aku mengharap kakak akan memahami perasaan adik,tapi aku yang kena jadi matang dari mereka. Bila aku harap mendapat perlindungan dari keluarga,tapi kesengsaraan yang diorang beri.


Bila diorang saling mengutuk,aku hanya mampu mendiamkan diri. Sedap ke makan daging saudara sendiri?? Aku bukan nak mengata tapi kadang-kadang sikap mereka ni buat aku jadi rimas. aku tak sokong mana-mana pihak. tapi kenapa aku yang jadi mangsa pergaduhan mereka? Aku rasa benci untuk hipokrit depan semua orang seperti tak ada apa-apa yang berlaku dalam keluarga kami. bila kakak dah tak sudi nak menjejakkn kaki ke rumah ni disebabkan kak ipar,aku rasa lebih baik kami tiada pertalian adik-beradik, kadang-kadang aku terfikir,kalau mak dan ayah hidup lagi,benda ni tak kan terjadi. kenapa perlu bergaduh,mengutuk antara adik-beradik sendiri? Kalau kau benci dengan orang tu pun,tak perlu bercerita keburukan tu depan keluarga yang lain.


Bila aku melihat orang lain yang bahagia dengan keluarga diorang,tapi aku? Hidup dalam keadaan yang hipokrit. Berapa banyak duit pun tak kan dapat menyatukan kami sekeluarga. bila mana abang Cuma beri duit,tapi tak pernah bagi aku sedikit kasih sayang pun. Bila kakak mahukan aku sokong mereka,tapi pernah ke diorang faham perasaan adiknya?abang langsung tak pernah nak selesaikan masalah ni. Kenapa mesti ada keluarga,tapi hanya setakat pada NAMA?mungkin bagi kakak dan abang yang lain,mereka tak perlukan adik-beradik lain sebab mereka ada keluarga mereka sendiri,tapi aku??aku Cuma ada kakak dan abang yang tak pernah nak peduli perasaan adiknya. seorang adik yang berusaha sendiri menyatukan 1keluarga ni.


Macam-macam benda berlaku dalam family kami tapi seorang pun tak ambil inisiatif tuk menyatukan kami semula.masing-masing sibuk dengan kerja,anak.keluarga sendiri.tapi mana keluarga aku?

Friday, November 6, 2009

aku tak gatal,tapi aku miang

kau kacau aku sekali,aku kacau kau beribu kali.
kau kutuk aku belakang,aku kutuk kau depan-depan.
kau talam dua muka,aku gunting dalam lipatan.

kalau fikir aku baik sebab kau KAWAN aku,kau salah.
aku baik sebab aku MUSUH kau.

jangan fikir aku baik,sopan sebab aku boleh jadi seburuk dari yang kau bayangkan.

p/s: tapi aku still SAYANG kau.heh.

Saturday, October 31, 2009

kenapa aku?

kenapa aku jadi bangang di sini?
kenapa aku yang kau marahi?
kenapa aku yang kena dapat carymark rendah?
dah,cukuplah.aku penat.

jangan buat saya begini puan?
saya pun ada masalah.tolong faham kalau ada sikit perasaan kasihan. T_T

mungkin kita tak berjumpa lagi sem depan.
mungkin?
;(

Saturday, October 17, 2009

nota kaki

sekarang sangatt sibuk.maaf sebab lama x update blog..
n now saya berada di hotel Villa di Segamat sebelah McD sebab ketiadaan elektrik di UiTM, dan saya perlu study tuk test nanti..haha..dan juga sibuk tuk final exam..
please pray for me and saya akan sayang awak sampai mati.okeyh??

owh yerk..'segamat x la membosankan seperti yg kau sangkakan'..
hell yeah! rasa loser bila bertapa disini dan hampir senak perut..ceh..loser la sangaaat...
tapi kan,bila duduk lama2 rasa sayang nak tinggal kan segamat..eceh..ayat cheesy la pulak..

tiada idea nak tulis panjang-panjang..
cuma nak wish gud luck kat sume penghuni UiTM Segamat, 'Gud luck for final exam'
kalau jawab paper tu,tolongla kasi full paper tu.jangan bia kosong..malu taw..hohoho.
bia la jawaapan salah pun..hakhak..

juga kepada lect,tolongla kasi carymark tinggi cket..haish..x baik kedekut mark..huhu..

juga kepada geng bas skola, cheer up!bia asignment tak siap,janji kita makan dengan senang ati.. >_<


juga kepada ehem,ehem ,selamat menjalani ibadat haji..
hehe.. jangan nakal2 taw..

p/s: apa itu SAYANG??hurm..x pe la..
bia saya sendiri faham. n_n

Monday, September 28, 2009

tolong beri saya ruang tuk bertapa

baru aku perasan dah lame blog aku tak di selingkan dengan pic..selalu banyak entry merepek dan membebel yang tah pape..oleh itu aku nak upload pic banyak-banyak kasi jamak entry yang lepas sebab aku tau pas ni memang aku jarang upload pic..ini kerana perkhidmatan celcom beruk-band yang sangat pantas ibarat kelajuan cahaya menyenagkan aku nak on9.heh..membazir je bayar tapi penggunaan ibarat aku menggunakan wifi jer..lembap macam GARY SPONGEBOB tul!

dah,malas nak marah.meh sini aku cite benda yang berlaku kat umah aku sewaktu ari rayer tu.

Sehari sebelum raya ari tu rumah aku dilanda banjir..
bilik aku abes tenggelam..huhu..sangat sedih..tapi RAYA tetap diteruskan..


pic lepas banjir..rasa macam duk kat kepulauan hawai plak..huhuhu
raya tahun ni langsung tak membawa apa-apa makna sebab semua rumah banjir..aktiviti bertandang ke rumah sedara-mara terbantut..ada gak umah yang aku pegi beraya tapi kena angkat kain tinggi2 sebab nak harung banjir.sumpah adventure giler+ ada cacing kerawit kat air tu n then melekat kat buku lali..hish..geli seribu tahun la...

***CERITA RAYA***


yer..saya tau tu sume edit belaka..muka saya tak la sebersih itu..tima kasih atas jasa baik k.ipar yang tolong make-up kasi tutup jerawat batu saya..huhu..>_<
same je ngan pic kat atas..saje nak mencapup lebih-lebih..hekhek..yang tengah tu anak buah yang keberapa tah..tapi cuumeell sangaaat...MACAM aciknyer gak..hehe..nama die MOHD SYAHMIRUL HAZIQ..tapi aku panggil die JAMIL..haha..memang jauh panggang dari api..hakhak

so far,tak banyak benda nak cerita..
masa tuk fikir asignment,test,final project dan bla bla bla...
masa tuk update blog akan semakin berkurang dan mungkin akan stop blogging tuk sementara waktu..heh.saya tau awak akan rindu saya sygs. ;)

sekarang ni pun tengah siapkan report sambil muke sangap nak tido, terbaring-terlentang macam orang tengah berpantang sambil memberi jelingan maut kat member sebelah.owh,sedap2 ko tido yerk..nasib baik sok claz start kul 4..mari kita blogging sebentar...

dah-dah,sambung wat report tuk fieldwork UiTM Lendu ari tu..
nak dapatkan 20 page tu ibarat macam nak tunggu kucing bertanduk..haish.otak tak dapat mencetuskan idea waktu genting macam ni..nasib baik ada 'kamus digital' dimana menolong saya translatekan kedalam BI..Tima kasey ye AWAK..ala kuci-kuci..heee.. >_<

k la,semangat dah mula berkobar balik..mari kita meneruskan perjuangan..

geng bas skola a.k.a geng SEGAMARTIAN..

go go caiyok!! zzzzzz ;o