Sunday, August 9, 2009

integrasi diim..

Memandangkan banyak permintaan menyuruh aku update pasal integrasi,maka update juga la...
mungkin ramai yang nak tahu pandangan aku pasal integrasi yang diadakan jumaat lepas..

ceh..ayat macam nak power je..
ramai orang tanya kat aku,integrasi tu apa??
event apa??
sedangkan lebih kurang macam AGM sahaja..
tetapi memandangkan kami ni student INFORMATION MANAGEMENT,maka information dah overload..
maka,INTEGRASI itu mungkin lebih enak di dengari...
macam makan budu dengan belacan.mungkin??enak bukan??

dah la macam tak ramai pulak yang datang sedangkan ada khabar angin mengatakan PART 1 ada 6 klas...
tapi...mungkin yang datang hanya 3 klas...
campur dengan budak laki PART 3 yang boleh dikira dengan jari berapa kerat yang datang..
ceh..memalukan kaum sungguh..
ni la manusia akhir zaman..lelaki semakin pupus..

dah la time majlis,ayat integrasi tu dah macam terbalik..
INTERGRASI??apa tu???
mungkin orang akan ingat cuma kesilapan kecil and tak semua orang sempurna..
tetapi...memandangkan ini satu majlis yang berprestij(ececeh..ayat nak power lagi)
sepatutnya benda ini tak harus berlaku..
(cara cakap dah macam YDP pula)

so far,persembahan PART 1 bagi aku biasa sahaja..
menghiburkan...
sebab..mereka dah menunjukkan betapa part 1 ni mengamalkan gangsterisme..
1) main kejar-kejar dalam kelas..(mungkin mahu menunjukkan kecomelan mereka)
2) gaduh berebutkan awek.. (perempuan kat segamat tak cukup ramai ke??)


ramai muka baru dalam society..
sakit tekak juga bersorak,saja mahu memeriahkan majlis yang sedikit hambar(ececeh..ayat nak bahasa novel pula)
dan....
aku suka koordinator program yang baru iaitu EN RAZAK kerana beliau itu sungguh ramah..huhu
senang nak bekerjasama dengan beliau if ada masalah pasal validation..

dan....
makanan pula seperti biasa mihun dan air sirap..
tetapi....
hari tu ada ceramah dekat PI pasal asal-usul air sirap..di mana air sirap itu di buat daripada semut..untuk menambahkan kemerahan air itu..
maka.....
aku menyeru kawan-kawanku supaya tidak mengambil air itu..
okeyh,sabotaj dalam diam..

harap-harap dengan adanya muka baru dalam society,
banyak la program sem ini..(saya berharap ni)
lagi.....
dapat memperbaharui design baju IMS..
hukhuk..

ok, terlebih banyak pula kritikan tak berbayar aku ni..
ini merupakan pandangan aku sahaja..
lepas ni,jangan pula yang kondemkan aku pasal komen aku...
sebab..ni blog aku..
suka suki aku tuk meluahkan apa yang aku suka..
:B

p/s: teringat integrasi sem lepas,kitorang menari 'MENUJU PUNCAK'
jum kawan2..ayuh menari bersama..
hekhek..

7 comments:

meo188 said...

syoknye...

Sufee said...

hu3 ape kate next sem kite tingkatkan lg muutu integrasi diim.. nak cadang pnggil penceramah luar dan sbgainye. (cewah da mcm exco diim plak an) ha3

norzila musman said...

meo>> ahahah..
sumpah.kamu tertipu..
hehe

sufee>> ahaha...agak r..
x yah r pnggil cramah..mkin bosn plk nti..
law pngggil indie bnd besh gak..huhu

eima xara said...

best lg NADIIA nye..
hehe..
ade bbq..

norzila musman said...

eima xara>>ahaha..
nak jugak..

LeonAFro said...

Hahahha.igt nk Menari Tp cm Sumer Nk berlakon Kn.trpKsa la.Haha

norzila musman said...

leon>> law korg mnari ag gempak..sume wat lakonan mcm x de kelainan plk..hehe